Soalan-Soalan Lazim (FAQ)


Saya berminat mendapatkan ebook ini. Bagaimanakah caranya?
Jawapan : Ada 3 langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan ebook ini.

Langkah 1: Pilih Pakej Ebook
Sila pakej ebook yang anda inginkan, samada Pakej A (Standard) ataupun Pakej B (Super)

Langkah 2 : Membuat Bayaran

Anda boleh membuat bayaran secara bank-in / ATM Transfer / ATM Deposit / Perbankan Internet (Maybank2u/CIMBClicks/BankIslam.com.my) / Kredit Kad (Visa & Mastercard) / Paypal

Langkah 3 : Isi Borang Pengesahan Bayaran
Selepas anda membuat pembayaran, sila isikan borang pengesahan bayaran yang terdapat di http://www.ideabisnesluarbiasa.com/order.htm

Kami akan menyemak maklumat pembayaran anda sebaik sahaja menerima borang "Pengesahan Bayaran" tersebut. Jika tiada masalah, kami akan menghantarkan email yang mengandungi username, password serta link untuk anda mendownload ebook tersebut.

Sebaiknya, sila ikuti segala arahan tempahan dan pembayaran yang telah diberikan.




Saya tidak pernah dan tidak yakin untuk membuat pembayaran secara perbankan internet. Apakah cara yang akan memudahkan saya membuat pembayaran?
Jawapan: Anda masih boleh membuat pembayaran dengan cara deposit wang tunai di kaunter bank ataupun deposit wang tunai di mesin ATM. Simpan slip transaksi pembayaran tersebut.

Selepas itu, jangan lupa masuk semula ke laman web ini dan isikan segala butiran dan maklumat dalam borang pesanan yang telah kami sediakan. Untuk bahagian bukti pembayaran, taipkan segala maklumat yang terkandung dalam slip resit pembayaran tadi seperti masa, tarikh, jumlah bayaran, nombor transaksi dan juga lokasi mesin ATM tersebut.

Segala maklumat ini ada terkandung di dalam slip resit pembayaran tersebut.



Berapa lamakah jangkamasa untuk pihak anda menyemak maklumat bayaran saya dan seterusnya menghantarkan email yang mengandungi username & password tersebut kepada saya?

Jawapan : Setelah maklumat dan bukti pembayaran anda diperiksa dan telah disahkan, kami akan menghantarkan email tersebut dalam masa 24 jam dari masa anda mengisi borang pengesahan bayaran.

Bagaimana pula jika saya tidak menerima sebarang email dari pihak anda selepas 24 jam?
Jawapan: Pastikan anda beritahu kami dengan menghantar email ke admin@ideabisnesluarbiasa.com atau hubungi kami di 017-371 5868 (Tazilan).



Adakah ebook 117 Idea Bisnes Luar Biasa ini dijual di mana-mana kedai buku?
Jawapan:  Buku 117 Idea Bisnes Luar BIasa ini adalah dalam bentuk buku digital atau buku elektronik (ebook), bukannya dalam bentuk fizikal seperti buku biasa. Oleh yang demikian, ebook ini memang tidak ada dijual di mana-mana kedai buku melainkan di laman web www.ideabisnesluarbiasa.com sahaja.


Apakah itu ebook, bagaimana bentuknya dan bagaimana menggunakannya?

Jawapan : Ebook adalah singkatan bagi "electronic book" , ia adalah sebuah fail atau dokumen berbentuk digital yang hanya boleh di buka dan dibaca menggunakan komputer. Ia bukanlah sebuah buku fizikal seperti mana yang anda biasa lihat di kedai-kedai buku.

Penghantaran ebook adalah mudah dan cepat di mana ia dihantar kepada anda melalui email sebaik sahaja pembayaran anda disahkan!

Jika anda keberatan atau tidak berasa selesa membaca ebook ini di skrin komputer, anda boleh mencetak (print) ebook ini menggunakan printer dan bacalah sepertimana anda membaca buku biasa!




Adakah komputer saya memerlukan apa-apa perisian khas untuk membuka ebook ini ?

Jawapan: Ya. Ebook ini adalah dalam format .pdf. Anda boleh membuka file dan membaca ebook setelah memuatturun perisian Adobe Acrobat Reader. Jika komputer anda masih belum memiliki perisian ini, anda boleh download secara percuma di sini: http://adobe.com/products/acrobat/readstep2.html




Bagaimana jika saya gagal membuka file ebook ini atau menghadapi masalah download ebook tersebut?
Jawapan: Anda boleh buat pertanyaan dengan menghantar email ke admin@ideabisnesluarbiasa.com dan terangkan serba-sedikit mengenai masalah atau error yang anda hadapi sewaktu cuba membuka file dokumen tersebut.




Saya berminat menyertai program affiliate yang laman web ini tawarkan. Bagaimanakah cara saya menyertainya dan berapakah yang saya perlu bayar untuk mendaftar?
Jawapan: Anda boleh mendaftar sebagai affilliate dengan klik pada butang 'Login Affiliate' dan isikan segala butiran yang diminta. Pendaftaran affiliate adalah percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan. Ia juga tidak mewajibkan anda membeli ebook ini terlebih dahulu untuk mendaftar. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat menyertainya.




Saya baru sahaja cuba melibatkan diri dalam perniagaan internet dan tidak faham sepenuhnya mengenai program affiliate ini. Apakah sebenarnya program affiliate dan apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan: Program affiliate kami sebenarnya adalah satu program yang membolehkan orang ramai turut serta membantu mempromosi laman web kami ini. Setelah mendaftar sebagai affiliate, anda sebenarnya umpama seorang agen yang akan membuat promosi mengenai laman web dan juga produk ebook ini.

Setiap affiliate akan dibekalkan dengan kod affiliate tersendiri dan juga tools pemasaran seperti banner. Anda boleh gunakan tools pemasaran ini dalam laman web, blog ataupun email yang anda hantar kepada rakan-rakan anda.

Sebagai affiliate , anda juga boleh login ke ruangan affiliates 24 sehari dan pantau prestasi promosi yang telah anda lakukan. Berapa jumlah pelawat, berapa jumlah pelawat unik , berapa jumlah jualan yang terkumpul dan sebagainya, anda boleh dapatkan maklumat ini dengan login ke ruangan affiliate tersebut.

Setiap jualan yang terhasil, anda akan menerima komisen dari kami. Sila lihat bahagian Soalan Lazim dalam ruangan affiliate anda untuk keterangan lanjut mengenai program affiliate ini.



Adakah program affiliate ini seperti MLM atau skim cepat kaya?
Jawapan: Program affiliate I17 dea Bisnes Luar Biasa ini tiada kaitan langsung dengan MLM atau skim cepat kaya. Ianya sah dari segi syarak kerana transaksi jual dan beli ebook yang amat jelas. Anda sebagai affiliate pula akan menerima bayaran komisen atas jumlah jualan ebook yang telah anda hasilkan sahaja.



Bolehkah saya berjumpa dengan dengan penulis untuk mendapatkan khidmat nasihat perniagaan?

Jawapan: Penulis tidak menawarkan khidmat konsultansi perniagaan secara terbuka. Laman web ini hanya menawarkan perkongsian info dan pengetahuan dalam bentuk ebook. Namun, jika ada sebarang kemusykilan atau inginkan pendapat, anda dialu-alukan menghantar email kepada penulis. Namun penulis akan berusaha berikan pandangan secara peribadi, bukannya secara profesional.

Dalam erti kata lain, khidmat konsultansi perniagaan tidak termasuk dalam pakej ebook dalam laman web ini. Harap maklum.



*Jika anda masih mempunyai soalan selain daripada yang terkandung dalam halaman ini, sila ajukan soalan anda dengan email ke admin@ideabisnesluarbiasa.com

Terima kasih.
Tazilan Ibrahim